Tuesday, August 26, 2014

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PERADABAN DUNIA

(Azril)


Perkembangan Tamadun Islam
Sebelum kedatangan Islam Tamadun Arab Jahiliah telah mempunyai maju dalam bidang kehidupan dikenali sebagai Arab Hidari di kawasan Hijaz. Ketua kabilah dianggap sebagai raja, hakim, penguasa perbendaharaan dan ketua tentera. Antara syarat untuk menjadi ketua ialah umur, kekuatan daya pemikiran, termulia dan berpengaruh dalam masyarakat.
Kehidupan masyarakat di semenanjung tanah Arab seperti Yaman, Mekah dan beberapa kawasan lain ádalah  mewah. Antara kegiatan yang dijalankan ialah  dalam bidang pertanian, perniagaan dan perdagangan. Tidak ketinggalan dalam bidang kesusasteraan pula mereka sering mengadakan pertandingan mengarang syair. 

Zaman Rasulullah saw 
Rasulullah saw bangkit berhadapan dengan pelbagai masalah khususnya kebiadabapan masyarakat.  Baginda telah berjaya menukar corak hidup yang biadap kepada ketamadunan Islam. Rísalah yang dibawa oleh baginda telah mengubah mental, moral dan budaya masyarakat daripada menyembah berhala, bulan dan bintang menjadi muslim yang mengamalkan Islam. Islam telah melahirkan satu tamadun yang mengubah seluruh budaya hidup jahiliah dan berupaya membentuk sebuah tamadun yang unggul di dunia. Zaman Rasulullah saw adalah zaman asas dalam pembentukan tamadun Islam yang pada peringkat awalnya membentuk spritual, mental dan akhlak masyarakat. Baginda berjaya mempersaudarakan suku-suku Arab yang sentiasa berperang. Akhirnya sebuah negara dapat dibangunkan di Yathrib. Sejak daripada itu tamadun Islam mula bertunas  bermula dari Abu Bakar sehinggalah kerajaan-kerajaan Islam yang lain memperlihatkan kegemilangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang.

 Zaman Khulafa’ al-Rashidin (632 -661M)
 Dengan semangat untuk mengembangkan Islam ke merata pelusuk dunia, maka natijahnya kebudayaan dan tamadun Islam muncul dan berkembang sehingga mencapai puncak kegemilangan. Selepas kawasan-kawasan di luar Jazirah Arab mulai tunduk di bawah kekuasaan Islam. Di zaman pemerintahan khulafa’ al-Rashiddin, khalifah Umar telah melebarkan sayap Islam meliputi Palestin, Syria, Iraq, Parsi dan Mesir. Dengan luasnya kawasan kekuasaan Islam, interaksi antara suku-suku bangsa telah mewujudkan pelbagai kebudayaan dan menyemarakkan perkembangan tamadun Islam.

Kerajaan Bani Umayah (661 -743M)
Perluasan wilayah Islam diteruskan oleh kerajaan Bani Umayyah yang begitu luas di Asia Tengah yang berpusat di Damsyik. Perkembangan kebudayaan dan tamadun berlaku dengan pesat sekali. Bahasa pentadbiran ditukar dari Bahasa Yunani dan Pahlavi kepada bahasa Arab yang dimulai oleh Abd Malik bin Marwan. Sibawaih adalah salah seorang tokoh tatabahasa Arab dengan tulisannya ‘al-Kitab’. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmu pengetahuan dalam bidang agama seperti tafsir, hadis, fiqah, ilmu kalam dan sejumlah kecil ilmu pengetahuan sains dan teknologi.
Mata wang Bizantin dan Parsi diganti dengan mata wang Islam pada zaman Malik bin Marwan. Bangunan tersergam indah, istana dan masjid diukir dan dihias dengan batu-batu permata melambangkan kemajuan yang dicapai. Kemajuan mula merosot sedikit demi sedikit di zaman al-Walid II. Kerajaan Bani Umayyah mula menghadapi zaman kelemahan. Orang-orang Islam seperti hilang pedoman kerana politik, ekonomi dan semangat keagamaan mulai luntur sehinggalah kekuasaan diganti dengan kerajaan Bani Abasiyyah.


Kerajaan Abasiyyah (750 -1258M)
Pemerintah kerajaan Abasiyyah amat menggalakkan perkembangan ilmu. Kompleks masjid dilengkapi dengan sekolah dan perpustakaan. Pemerintah memperuntukkan biaya untuk kolej dan pelajarnya. Pensyarah pula dihormati tanpa mengira anutan agama. Mereka yang membuat penyelidikan dan menghasilkan karya asli diberikan hadiah lumayan.
Abu Jaafar al-Mansur (754-775M), khalifah kedua kerajaan Abasiyyah adalah perintis dalam usaha kegiatan intelektual. Beliau bertanggungjawab mengasaskan kota Baghdad dan mendirikan kolej perubatan di sana. Kegiatan penterjemahan secara sistematik karya-karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada zaman beliau. Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab-kitab Hadis, Fiqh, Tafsir Quran giat dilakukan. Lahir ramai ilmuan antaranya Malik bin Anas di Madinah, Al-Awzai’ di Damsyik, Sufyran al-Thawri di Kufah dan ramai lagi.
Di zaman pemerintahan Kalifah Harun al-Rashid (786-809M) Kota Bagdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual terunggul di dunia. Beliau adalah pengasas khizanah al-Hikmah iaitu pusat imtelektual. Antara tokoh ilmuan di zaman beliau ialah Qadi Abu Yusof dengan kitabnya al-Kharaj, Marwan Abi Hafsah, al-Fadl b. al-Rabi’ dan lain-lain.
Kemuncak kegiatan intelektual ialah di zaman pemerintahan al-Ma’mun bin Harun al-Rashid (813-833M). Beliau telah memperbesarkan khizanah al-Hikmah menjadi Bayt al-Hikmah atau Rumah Kebijaksanaan.


Andalus sebagai anugerah kepada kebangkitan Eropah

Pembukaan Andalus
Andalusia atau al-Andalus adalah istilah yang diberikan oleh ahli geografi Islam di abad Pertengahan. Ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol moden. Suku kaum Eropah dan Barber telah mendiami negeri itu sejak zaman awal sejarah, manakala Orang Phonesia menubuhkan kerajaan di Andalus pada awal kurun ke 10 sebelum Masihi. Pada kurun pertama Masihi datang orang Romawi dan diikuti oleh suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalus sehingga tahun 711Masihi.
Keadaan sosial masyarakat Andalus amat buruk. Ada dua lapisan masyarakat iaitu golongan yang memerintah, ahli-ahli agama dan kaum bangsawan dan golongan kedua ialah masyarakat kelas bawahan yang majoriti buta huruf. Mereka tiada peluang belajar dan dipaksa menjadi hamba.
Dari sudut ekonomi pula, pemerintahan Visigoth mengekalkan sistem perhambaan, golongan bawahan dipaksa membayar cukai dan pelbagai penindasan dilakukan. Akibatnya golongan bawahan telah melarikan diri ke dalam hutan serta melakukan kekacauan dan kerosakan. Keadaan ini menyebabkan banyak tanah-tanah terbiar dan industri-industri terpaksa ditutup. Kesannya dapat dilihat apabila kegiatan perdagangan dan pertanian menjadi beku dan telah melumpuhkan ekonomi Andalusia.
Pada bulan Julai 710 Masihi, Musa bin Nusair iaitu Gabenor Islam di Utara Afrika telah menghantar pemerintah tenteranya Abu Zur’ah Tarif bin Malik menyeberangi Selat Gibraltar. Tarif telah berjaya menawan Algeciras. Seterusnya 711 Masihi, Musa bin Nusair mengutuskan Tariq bin Ziyad ke Andalusia. Tariq telah berjaya menewaskan tentera Visigoth dan menawan Andalusia.
Setelah bertapak di Andalusia, orang-orang Yahudi dari timur mula datang ke Cordova. Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan politik. Sikap toleransi orang-orang Islam menyebabkan agama Islam tersebar dengan cepat di Andalus. Orang-orang Kristian telah berjaya diasimilasikan dengan budaya Arab/Islam. Mereka  menukar nama mengikut nama Arab, meniru cara hidup orang Islam seperti berkhatan, meniru resipi masakan, fesyen pakaian dan sebagainya.


 Faktor-faktor perkembangan keilmuan Andalus
  1. Kegiatan penterjemahan
  2. Wujudnya perpustakaan
  3. Banyak penulisan dan penyelidikan
  4. Galakan pemerintah
  5. Kebanjiran masyarakat luar untuk mendalami ilmu pengetahuan


 Cardova sebagai pusat kecemerlangan ilmu
  1. Falsafah
Umat Islam di Andalus berjaya mempertalikan di antara ilmu falsafah kuno (Yunani) dengan ilmu falsafah baru (Islam). Antara ahli falsafah Andalusia ialah Abu Bakr Muhammad bin Yahya bin Bajjah, Abu al-Walid bin Rushd dan Abu Bakr Muhammad bin Malik al-Tufail. Ibn Rushd adalah tokoh falsafah Islam yang paling terkenal di dunia barat, beliau menduduki tempat kedua selepas Aristotle. Karyanya ‘Tahafut al-Tahafut’ adalah karyanya yang masih dikaji sehingga kini di barat.


  1. Astronomi
 Pemerintah menggalakkan kajian tentang pencerapan astronomi yang dilakukan di menara masjid. Sebuah balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran Masjid Seville pada tahun 1190 Masihi. Antara tokoh astronomi Andalusia ialah Abu Qassim Ahmad bin Abdullah al-Jafiri, Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya, Jabir bin Aflah dan al-Bitruji.


  1. Matematik
Sarjana Islam Andalusia telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang matematik sehingga mereka berjaya menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu daripada orang-orang Yunani terutama dalam bidang algebra dan trigonometri. Seorang ahli matematik dari Granada iaitu Ibn Sahl al-Darir sering menjadi penasihat kepada orang Yahudi dan Kristian dari Toledo untuk meminta nasihat. Manakala Jabir bin Aflah seorang ahli astronomi yang berasal dari Seville telah mengasaskan ilmu algebra di Andalusia. Beliau mempelajari hasil-hasil karya Teodoro, Aritoro dan Autilico serta menghasilkan karya-karya penting mengenai astronomi dan matematik. Beliau telah mengemukakan beberapa formula baru yang amat dihargai oelh ahli-ahli matematik mutaakhir melalui buku trigonometrinya.


  1. Kimia
Sumbangan sarjana Islam di dalam bidang ilmu kimia adalah amat penting kerana mereka telah berjaya memperbaiki pengetahuan kimia orang Greek. Abbas bin Finas telah berjaya menemui teknik menghasilkan kaca daripada kristal dan percubaan beliau untuk menghasilkan guruh dan kilat rekaan di makmalnya. Selain daripada itu beliau adalah orang pertama yang membuat percubaan terbang di angkasa dengan menggunakan sayap. Tokoh kimia yang lain ialah Jabir yang telah berjaya menemukan asid sulfurik, asid nitric dan asid nitro muriatik di samping itu beliau telah mencipta banyak kaedah proses-proses kimia.


  1. Perubatan
Andalusia telah berjaya menghasilkan ramai pakar perubatan dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat pembedahan. Orang Yahudi mempelajari ilmu perubatan daripada sarjana Islam Andalusia dan mereka menjadi terkenal di merata tempat. Di zaman pemerintahan khalifah Bani Umayyah terdapat 40 buah hospital di Cordova. Di antara sarjana perubatan di Andalusia ialah Abu al-Qasim Khalaf bin Abas al-Zahrawi, Abd Rahman Ishaq bin Haitham, Ibn Zuhr, Ibn Rushd, Ibn Khatib dan ramai lagi.


  1. Geografi dan Kartografi
Pada abad ke 10 dan ke 11 Masihi lahirnya tokoh geografi seperti al-Bakri, Ibn Jubair, al-Zuhr, al-Idrisi dan lain-lain. Abu Ubaid Abdullah bin Abd Aziz al-Bakri atau al-Bakri telah menhasilkan karya ‘ Kitab al-Masalik wa al-Mamalik’ iaitu penulisan berkenaan dengan jalan dan kerajaan dan juga sebuah kamus geografi bertajuk ‘ Mu’jam ma Isti’jam’. Beliau boleh dianggap sebagai sarjana pertama Andalusia yang pakar dalam bidang geografi.
Ahli geologi Islam juga telah memberikan sumbangan dalam bidang penghasilan peta atau kartografi. Al-Idrisi atau Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Sharif adalah sarjana geografi Andalusia yang paling terkenal di barat. Beliau telah menghasilkan peta glob yang berbentuk bulat.


2.1.4  Jalan penyebaran tamadun Islam ke Eropah
Eropah Barat dan Timur menerima pengaruh Islam dalam jangka waktu yang berbeza. Sepanyol dan Portugal di Islamkan sejak awal abad ke 8M dan kekal berada di tangan Islam sehingga abad 15M. Sepanjang tempoh itu Cardova menjadi pusat terunggul perkembangan tamadun Islam. Sepanyol yang terkenal dengan Andalusía telah melahirkan ramai sarjana unggul dunia di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.  Antaranya Ibn Rushd, Ibn Tufayl, Ibn Hazm dan lain-lain yang menjadikan tulisan mereka sebagai rujukan ilmiah. Eropah Timar menerima pengaruh tamadun Islam agak lambat iaitu di zaman kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada zaman kemuncak kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah, pengaruh tamadun Islam telah tersebar ke beberapa negara Eropah Timar seperti Albania, Serbia, Bosnia Herzegovina, Bulgaria dan
Penyebaran tamadun Islam ke Eropah terjadi melalui Andalus yang merupakan sebahagian dari dunia Islam (711 -1492M).Tiga golongan utama yang berperanan menyebarkan nilai-nilai tamadun Islam ini ke Barat ialah masyarakat Kristian Andalus yang dikenali sebagai  Mozarabs, golongan pedagang dan para pelajar Kristian Eropah yang belajar di Universiti di Andalus.
Pemindahan ilmu dan teknologi Islam ke Eropah berlaku melalui gerakan penterjemahan yang dilakukan oleh masyarakat Yahudi dan Kristian Eropah ke atas karya-karya agung sarjana Islam dalam pelbagai bidang ilmu.
Abad ke 11 M menyaksikan kebangkitan ekonomi di negara-negara Kristian Eropah. Antara tandanya ialah pertambahan penduduk, pembukaan tanah untuk pertanian, munculnya pedagang yang mengadakan jalinan hubungan Eropah Barat dengan Laut Mediteranean. Vence di Itali muncul sebagai pusat perdagangan di Eropah Selatan. Eropah bangkit sementara umat Islam mulai lesu.



Peranan / sumbangan Andalus  kepada kebangkitan Eropah:

  1. Spritual / kepercayaan
Dari sudut kepercayaan, tidak semua masyarakat Andalusia beragama Islam sebaliknya ada yang beragama kristian dan ada yang beragama Yahudi. Kebijaksanaan pemimpin Islam telah menyebabkan masyarakat bersatu dan sama-sama membangunkan Andalus. Orang-orang bukan Islam melantik ketua yang dikenali sebagai ‘ Comes’. Mereka juga mempunyai Qadhi yang dikenali dengan ‘Qadi al Ajam’. Orang-orang bukan Islam dikehendaki membayar Jizyah. Hubungan yang rapat antara orang Islam dan bukan Islam menyebabkan ramai orang bukan Islam memeluk Islam.


  1. Ekonomi
Kedatangan orang Islam ke Andalus telah mewujudkan satu bentu ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean melalui sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan. Kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan didirikan utnuk mengimport barangan dari seluruh pelusuk dunia. Hubungan perdagangan dengan Eropah dibuat melalui jalan darat, manakala dengan Asia dan Afrika melalui jalan laut. Venice, Itali dan Iskandariah adalah bandar-bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan.
Dalam sektor pertanian, orang Islam memperkenalkan pembinaan empangan, sistem saliran, tali air, jambatan dan jalan-jalan raya yang lebih baikdi seluruh Andalus meliputi kawasan Toledo, Cordova, Marseille dan Velencia. Antara tanaman yang diusahakan ialah buah-buahan, kapas dan ulat setera, pokok jut, tebu dan manisan lebah.


  1. Senibina
Bandar dan kawasan di Andalus diperindah dengan binaan masjid-masjid, istana, pasar, tempat-tempat mandi dan tembok-tembok yang mempunyai pintu-pintu besar disekelilingnya disamping kemudahan lain.


  1. Intelektual
Cordova iaitu ibu negeri kerajaan Umaiyyah di Andalus merupakan pusat bagi aktiviti intelectual. Zaman pemerintahan Hakam II merupakan zaman keemasan Andalusía dalam bidang intelectual. Universiti di Cordova telah menyamai taraf Universiti al-Azhar di Mesir dan Nizamiyah di Baghdad.  Sebuah perpustakan besar yang mengandungi buku-buku berharga dan manuskrip-manuskrip yang sukar di dapati ada disimpan di Universiti Cordova.  
Proses perubahan telah bermula di Eropah pada awal kurun ke 11 M. Orang Islam mula melalui zaman kemerosotan dan kemunduran, sebaliknya negara Eropah mula sedar dari zaman kegelapan dan mula mengejar kemajuan di dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial dan ekonomi. Eropah mengalahkan Islam di Andalus pada abad ke 15 Masihi. Mereka telah memindahkan khazanah-khazanah ilmu ke Eropah. Mereka mengkaji factor kejayaan orang Islam. Mereka juga giat menjalankan gerakan penterjemahan.
Sicily dan Sepanyol menjadi penghubung di antara Andalus dengan Eropah. Pusat-pusat pemindahan ilmu pada kurun ke 11 Masihi ialah di Palermo dan Toledo. Toledo di Andalucía ibarat Mekah kepada sarjana Kristian dari England, Perancis, Germany dan Itali. Archbishop Raymond (1130 -1150M) telah membina institusi yang meniru model Bait al-Hikmah di Baghdad



  Pengaruh Tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan

2.3.1    Sumber, prinsip dan matlamat keilmuan Islam

Sumber :
i.                     Dalaman iaitu Quran, Sunnah dan Ijtihad.
ii.                   Sumber Luaran ialah dari Tamadun

Prinsip:
 i.         Tauhid.
ii.          Hairarki ilmu
iii.                  Sepadu dunia dan akhirat, fardhu ain dan kifayah

Matlamat:
4.5      Membuktikan kekuasan Allah
i.           Pengabdian diri
ii.                 Kesejahteraan sejagat


2.3.2.        Bagaimana tamadun Islam mempengaruhi pelbagai ilmu
i.                     Mencipta ilmu baru
ii.                   Memberi nafas baru kepada tamadun sebelum – Yunani, China, India, Mesir purba dll.
iii.                  Kewujudan institusi penterjemahan
iv.                 Penubuhan institusi pendidikan seperti universiti
v.                   Penggunaan istilah Arab
vi.                 Institusi ulamak dan sarjana Islam



2.3.3.        Disiplin ilmu, tokoh dan sumbangan


Sains dan teknologi

Astronomi
Matematik
Ilmu perubatan
Ilmu Kimia
Biologi, tokoh dan sumbangan
Fizik
Sains kemanusiaan dan sosial
Sosiologi
Psikologi
Kesusasteraan dan kesenian
Falsafah
Tasawuf
Geografi
Ilmu pentadbiran dan Pengurusan
Pengurusan sumber maklumat
Pengurusan perekonomian
Politik dan kenegaraan




link: http://caripopo.com/IDA152.html

KESIMPULAN

Dalam bab ini ,kita dapat mengetahui tamadun Islam juga boleh mempengaruhi pelbagai ilmu.Ia dapat   mencipta ilmu baru.Selain itu ia  Memberi nafas baru kepada tamadun sebelum – Yunani, China, India, Mesir purba dan lain lain.Seterusnya,ia dapat mewujudkan institusi penterjemahan dan dapat menubuhkan  institusi pendidikan seperti universiti.Pengunaan istilah arab juga dapat ditingkatkan.



No comments:

Post a Comment